Archive for December, 2008

hari terakhir 2008

31hb. Disember 2008…

Alhamdulillah….hari ni hari terakhir dalam tahun 2008….esok dah masuk ke tahun baru 2009…azam yang baru…semangat yang baru…(eceh ceh ceh…yerlah aku tu..)betapa cepatnyer masa tu bergerak sampai aku rasa tahun 2008 ni sekejap sangat2…azam aku tahun 2008 pun belum sepenuhnyer tertunai..(aku ada azam ke …????????)..esok..genap setahun aku berada dalam negeri johor ni…tapi macam tak cayalah….kalo dulu 31/12/2007..aku tengah sibuk mengemas barang n jadi komando sebab pastikan barang2 yang nak dibawak pindah ke johor ni sume dah masuk dlm lori…(mesti dulu budak lori tu menyampah jer ngan aku…makcik cerewet…hahaha)..kul 12 malam aku dah sampai johor…hukhukhuk…sedihlah bila cerita pasal tahun lepas…sebab aku rindu suasana kl..rindu kengkawan kat kl…rindu ofis lama kat kl..rindu umah aku kat kl…sampai roti canai restoren mamak bawah ofis lama aku pun boleh jadi rindu………………

Tapi dalam kesibukkan masa aku setiap ari dalam tahun 2008 ni…banyak gak niat aku yang tercapai…macam2 lah…aku dah ada harta (umah ngan kete) sendiri…aku ada jawatan aku sendiri….aku akan tambah anak…hehehe…dan ..banyak perkara yang aku idam2kan aku dah buat n tercapai..Alhamdulillah…walaupun belum 100% tapi 90% dah pun tercapai…mudah2an tahun 2009 ni aku masih lagi berada di negeri johor ni….(penatlah nak berpindah randah ni…)tapi kalo dah rezeki hubby aku n aku kat mana2 nak buat camner kan…2008 ni gak banyak mengajar aku jadi manusia yang berdikari betul2….belajar jadi manusia yang focus pada sesuatu perkara..yerlah sekarang dah ada tanggungjawab kat umah n kerja…so, aku kena jadi lebih matang, lebih confident dan paling penting lebih bertanggungjawab dan focus….kadang2 tak sangka gak idup aku betul2 berubah dalam tahun 2008 ni…apa2 pun Alhamdulillah…rezeki kami sekeluarga tahun 2008 ni buat aku betul2 bersyukur……Syukur Alhamdulillah Ya Allah……

Menjelang esok nak masuk tahun 2009 ni..macam2 gak perancangan idup aku yang aku tengah pikirkan ni…yerlah tahun depan aku akan bersalin..(hukhukhuk…melalui lagi pengalaman dulu…mudah2han..Allah selamatkan aku dan anak aku dan mudah2han Allah permudahkanlah aku untuk melahirkan anak aku…)..fobia tu macam ada lagi jer….hehhee…..ish tak baik aku ni,..tahun depan gak…anak aku dah 2 org…tanggungjawab lagi beso..pocket pun kena beso gak ni..hehehe….nampaknyer Aina dah takleh nak mintak Barbie jerlah…tahun depan sume kena kongsi….takleh lah macam sekarang..asal ke jusco beli barbie…lama2 aku rasa macam nak bukak je kedai jual patung barbie sebab dah bertimbun sangat kat umah……perancangan aku tahun 2009 yang aku nak sangat2 tunaikan adalah aku nak tukar kete…hehehe….aku nak sangat tukar toyota vios..tapi kalo tak larat…lain pun takper….semangat ni aku mengumpul duit…tapi hubby aku tu…dah 2 tahun bertururt2 tau aku terpaksa tangguh jer…dulu tahun 2007..bagai nak apa aku mengumpul duit last2 dia kata jgn dululah…kete kan ok lagi….aku frust menonggeng aku beli benda lain…tahun 2008 ni dia kata pun jgn dulu sebab nanti kalo kena pindah buat rugi jer….yerlah tak tau pas ni ke mana…kalo balik kl semula baguslah kalo gi tempat lain….(bila aku pk2 betul gak kan…)..aku ni mengumpul bukan banyak sangat….tapi kata org kalo nak seribu dayakan…cuma bila bendaa2 macamni…kalo hubby tak setuju aku pun takleh lah nak pandai2 aku…sebabnyer…harta dia harta aku…harta aku..mmm…harta dia gak ler…hukhukhuk….apa-apa pun Alhamdulillah…..tahun 2008 sangat membahagiakan idup aku dan keluarga…..dan kepada kengkwanku semua…semoga tahun 2009 ni…korang sume dah sematkan azam baru n semangat baru dalam hidup…semoga kita semua sentiasa berbahagia…….SELAMAT TAHUN BARU 2009

Comments (1) »

tensen…

Ada beberapa soalan berserta jawapan yang aku cuba nak luahkan tapi tak boleh :-

1) Kadang2 bukan aku tak adil tapi org tak faham

2) Kadang2 bukan aku sengaja nak berat sebelah tapi keadaan memaksa

3) Kadang2 bukan aku tak suka tapi dia tu……..adis..susah tul aku nak luahkan

4) kadang2 org ingat aku benci tapi dia yang tunjuk sikap buat aku macam tak suka…bukan aku benci pun…takder istilah benci dalam idup aku….

5) kadang2 org ingat aku bad mood tapi lebih baik aku diam dr aku berkata2..kang kuar sesuatu yang tak best dr  mulut aku macam mana..betul tak?

6) Kadang2 org ingat aku tak faham tapi org faham aku ke?

7) kadang2 org ingat aku pilih kasih tapi cuba pikir semula kenapa aku buat macamtu…mesti ada sebab bukan suka2 aku nak pilih2 bulu ni….ingat aku suka…
8) Kadang2 org nak aku jaga hati jer , patut ke selama2 aku jer nak jaga hati…habis hati aku ni saper nak jaga?

9) kadang2 org pikir aku open…tak kisah..memang tapi jgnlah melampau2…aku pun manusia..ada hati n perasaan…

10) Kadang2 org nak aku tahan jer walau dapat ayat paling laser…habis ingat aku tak leh nak laser balik…nasib aku leh tahan..kalo aku laser balik…meletup…

11) Kadang2 aku bukan tak suka tapi tak minat tgk org nak berlawan2 ni…apa hal….

12) Ni bukan kadang2….mmg selalu..aku suka tengok org bahagia, happy tapi kenapa org tak suka tgk aku happy n bahagia?…ish….dengki

13) Kadang2 aku cuba elakkan rasa sangsi, rasa lain macam pada org tapi kenapa org tak leh nak sorok sikap tak baik tu…walau bukan pada aku pun naper pada org sekeliling aku pun sama….apa hal…jeles ke…takleh tgk org senang….

hukhukhuk………aku bukan berfikiran negatif tapi bila dah dipendam terlalu lama….jadi berbuku gak….tolonglah……naper macam2 sangat sikap manusia ni……

Comments (3) »